Friday 21 December 2012

Homestay Section 9


KESELESAAN DAN KEBERSIHAN ADALAH KEUTAMAAN KAMI

Pelanggan yang saya hormati,
Kami menyediakan Homestay yang selesa dan bersih di Pusat Bandar Shah Alam. Ia terletak dalam linkungan 5 kilometer dari  Universiti Teknologi MARA, Stadium Shah Alam, Taman Botani Negara dan I-City Shah Alam. Kemudahan seperti  Restoran, Stesen Minyak, Bank, Pusat membeli belah hanyalah dalam lingkungan 500 meter dari homestay ini.
Terletak lebih kurang 30 km daripada Bandaraya Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Persekutuan. Akses ke Homestay ini adalah mudah iaitu melalui Lebuh Raya Utara Selatan bagi mereka yang datang dari arah Selatan dan Lebuh Raya Guthrie dari arah Utara.

Lokasi
No 3, Jalan Raja Mahmud 9/18
Seksyen 9, 40100 Shah Alam
Selangor



Jarak lokasi Homestay dengan infrastruktur asas ialah seperti berikut:

50 meter dari Kedai makan dan Shell
150 meter dari Shah Alam Mall
600 meter dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Masjid Negeri Selangor
4 km dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)
1.5 km dari Stadium Shah Alam dan Stadium Melawati


Kemudahan

Rumah Teres 2 Tingkat, 3 Bilik tidur dan 1 bilik utiliti untuk solat. Dua (2) bilik tidur masing-masing disediakan katil Double sementara satu (1) bilik tidur disediakan 2 katil single. Semua bilik tidur dilengkapi dengan penghawa dingin.

Kemudahan lain yang disediakan ialah TV, Micro Wave Oven, Peti Sejuk, Cerek Elektrik, Mesin Basuh, Seterika, Tuala dan Sabun mandi . 

Bagi yang memerlukan ‘Toto’ ia boleh disewa pada kadar RM 15.00 sepanjang penginapan.

Mempunyai ruang letak kereta yang luas. Kawasan rumah boleh meletakkan maksimum 5 buah kereta.

Demi untuk menjaga kebersihan dan keselamatan Homestay, penyewa adalah tidak dibenarkan memasak.

Kadar Penyewaan

1.       Ahad – Sabtu : RM300 semalam


Pengambilan kunci  ialah diantara  2.00 – 6.00  petang dan pemulangan kunci  ialah sebelum 12 tengahari.

Sekiranya sewaan hendak dilanjutkan selepas jam 12 tgh. tambahan caj sewa ialah RM 30 sejam atau RM 100.00 sehingga 6.00 ptg.


Tempahan dan pertanyaan

Ahad – Sabtu : 8.30 pagi – 5.00 ptg         


Cara membuat tempahan

Sebarang tempahan atau pertanyaan sila hubungi Pn. Hasryta Yaacob –   012 315 8469   melalui telefon atau SMS.

Bagi pengesahan tempahan, bayaran deposit sebanyak RM 100.00 perlu dibuat melalui akaun Bank. Bayaran sepenuhnya bagi tempoh penginapan perlu dijelaskan semasa pengambilan kunci dan ianya tidak termasuk bayaran deposit. Deposit RM 100.00 akan dikembalikan kepada penyewa jika tiada kerosakkan atau kehilangan barangan yang disediakan di Homestay.

Pengesahan adalah berdasarkan “first come first serve basis”


TERMA DAN SYARAT

 

  1. Bayaran deposit sebanyak  RM100.00 untuk membuat tempahan  sebelum tarikh check-in dan dipulangkan dengan tiada sebarang kerosakan atau kehilangan barang di unit homestay.
  2. Bayaran penuh hendaklah dibuat melalui kemasukan terus kedalam akaun bank sebelum pengambilan kunci.
  3. Hanya makanan yang halal sahaja dibenarkan untuk dibawa kedalam homestay kami dan alkohol/dadah tidak dibenarkan sama sekali. Durian tidak dbenarkan dibawa kedalam homestay atau pemotongan deposit akan dikenakan.
  4. Tidak boleh membuat sebarang majlis keramaian yang boleh mengganggu jiran dan ketenteraman awam.
  5. Masak-memasak tidak dbenarkan.
  6. Lanjutan masa penginapan hendaklah dimaklumkan semasa mendapat kunci dan akan dikenakan caj RM100 bagi lanjutan sehingga jam 6.00 petang (*Jika ada kekosongan sahaja).
  7. Tidak boleh membawa binatang peliharaan.
  8. Perabot dan perkakas homestay tidak boleh dialihkan atau bayaran deposit akan dipotong.
  9. Pihak kami berhak mengemas homestay jika tetamu tiada di homestay selepas waktu check-out tamat (Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan harta benda tetamu).
  10. Pihak kami mempunyai kuasa untuk menarik balik penyewaan jika penyewa tidak mematuhi syarat dan pihak kami tidak mengembalikan sebarang pembayaran yang telah dibuat.


PERSEKITARAN DIDALAM DAN DILUAR HOMESTAY



Ruang halaman yang luas untuk parkir




Ruang dapur




 Bilik tidur 2





Bilik tidur 3




 Ruang makan




Ruang tetamu